23 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH



Host unlimited photos at slide.com for FREE!
Selamat sejahtera semua!
Seperti yang saya janjikan kelmarin, hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang MERISIK.
Anda semua sudah tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang semua ini kan?
 
Baiklah, mari kita mulakan dengan peringkat yang pertama iaitu MERISIK.
Adat merisik ini boleh dikenali sebagai meninjau ataupun menengok.
Adat ini adalah untuk memastikan gadis yang dihajati itu masih belum ada yang punya.
Walaupun ia agak pelik, tetapi ia penting kerana sebagai Orang Muslim, kita dilarang meminang dengan orang yang berpunya.
Dosa besar tau.
Selain daripada itu, adat ini juga untuk menyelidik latar belakang si gadis yang akan ditunangkan.
Mereka akan menyelidik tentang:
~ pengetahuan agamanya
~ paras rupa
~ adap sopan
~ kemahiran rumahtangga
~ tingkah laku


Hmm, tegas betul ya?
Sebelum menerima lamaran pihak lelaki, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan.
Antaranya adalah pihak lelaki perlulah mempunyai latar belakangagama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Walau bagaimanapun, adat merisik ini jarang dilakukan lagi kerana pasangan selalunya telah berkenalan terlebih dahulu, oleh kerana itu mereka akan terus menjalankan adat meminang agar tidak membazirkan duit dan juga masa. 

Baiklah setakat ini sahajalah untuk entri saya yang keenam ini.
Untuk entri yang berikut, saya pula akan berkongsi tentang peringkat yang kedua iaitu MEMINANG.
Hehehe, tak sabarlah saya. :)

Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

22 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM






Host unlimited photos at slide.com for FREE!
Selamat sejahtera semua!
Hehe, entri-entri saya yang sebelumnya adalah tentang adat Perkahwinan Orang Tutong, Brunei.
Oleh kerana itu, mulai daripada entri ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang adat perkahwinan Orang Melayu kita.
Haha, apa gunanya mengetahui tantang budaya Orang lain jikalau tentang budaya kita sendiri kita tidak tahu.
Betul tak?
Baiklah, mari kita mulakan dengan pengenalan adat Perkawinan Orang Melayu. :D
Adat Perkahwinan Orang Melayu memang dititikberatkan dan ia dijalankan dengan penuh adat istiadat dan disambut dengan meriah.
Walaupun begitu, ada banyak peringkat penting.
Anda tahu tak apa peringkat-peringkat penting ini semua?
Saya yakin ramai yang tidak tahu, tapi jangan risau, saya, Erni Farisha akan selamatkan anda semua.
Hahaha, bergurau sahaja. :D :D :D

Baiklah sampai di sini sahaja entri keenam saya ya.
Di entri yang berikut, saya akan berkongsi tentang MERISIK pula.
Sampai ketemu lagi semua. Jangan rindu saya ya.
Hehehehee. :D
Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

18 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA.



Selamat sejahtera semua!
Semua sihat-sihat sahajakan?
Hehehehe, baiklah hari ini saya akan memperkenalkan pula tentang...
jeng, jeng, jeng.....
ADAT MAKAN BERSUAP!
Hahaha, maaflah, saya seorang yang suka bergurau.
Mari saya mulakan.

Adat makan bersuap ini adalah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri.
Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan diniatkan untuk menambahkan kemesraan di antara pengantin baru itu.
Ia adalah wajib untuk menyediakan:
~ nasi kuning
~ air
~ garam
~ asam 
untuk adat makan bersuap ini.

Hahaa, menarik ya? Baiklah sampai di sini sahaja entri saya yang kelima ini.
Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT.


Selamat sejahtera semua!
Hehe, maaf ya.
Hari ini saya akan pos tentang SEJARAH ASAL-USUL ADAT BASUH KAKI DAN PANTANG LARANG.
Entri saya yang berikutnya, baru saya akan pos tentang ADAT MAKAN BERSUAP.
Haha, saya akan ceritakan ini semua dalam bentuk komik agar anda akan tertarik untuk membaca.
Ini terjadi selepas beberapa hari saya pulang dari Brunei. 
Nikmatilah! :D

14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA.


Selamat sejahtera semua!

Sudah bersedia untuk mengetahui lebih tentang ADAT BASUH KAKI?
Saya memang sudah tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua.
Hehe, seperti biasa, saya akan menunjukkan gambar-gambarnya dahulu.

Hehe, tengoklah pengantin yang serasi tu.
Berseri-seri muka mereka berdua. Hahaha.

ADAT BASUH KAKI ataupun BURI PU'O(dalam bahasa Tutong) ini adalah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan dituangkan air.
Barang yang digunakan untuk acara ini ialah:
~ air parung
~ batu pengasah

Kedua-dua  pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing.
Ini akan dimulakan oleh pengantin perempuan dahulu dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki.
Pengantin lelaki akan meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.
Mungkin mereka ikut dengan ungkapan 'perempuan dahulu'. Romantis sungguhlah!
Selepas itu, keluarga pengantin lelaki akan menyiram air ke kaki pengantin dan setelah selesai, mereka harus menyerahkan duit atau perhiasan sebagai hadiah.
Ini semua dapat ditunjukkan pada gambar pertama hinggalah gambar yang terakhir.

Baiklah, sampai disini sahajalah untuk entri saya yang ketiga ini.
Untuk entri yang seterusnya, saya akan berkongsi pula tentang ADAT MAKAN BERSUAP.
Macam menarik ya?
Harap informasi yang saya berikan ini menarik perhatian anda semua.
Semoga anda berjaya dalam menimba pengetahuan tentang budaya.
Insya'Allah. 

Sebelum saya minta diri dahulu, saya akan berkongsi dengan anda gambar-gambar ADAT BERBASUH KAKI INI. Pasti anda semua akan suka. :D

Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA.


Selamat sejahtera semua!
Seperti yang saya katakan di entri yang pertama saya, saya akan berkongsi pengetahuan saya tentang budaya adat perkahwinan orang Tutong, Brunei.
Sebelum saya bermula, saya ingin menunjukkan gambar perkahwinan di SM RIPAS atau lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Nikmatilah gambar-gambar ini semua! :D

Cantikkan gambar-gambar ini? Mestilah, sayakan yang petik. Haha, bergurau sahaja, sebenarnya yang petik gambar-gambar ini semua adalah guru-guru SM RIPAS.
Profesional betul kemahiran mereka mengambil gambar.
Kalau anda ingin melihat gambar-gambar yang lain, sila pergi ke lelaman http://smripas.blogspot.com/.

Mari kita mulakan tentang adat perkahwinan ini.
Baiklah, di sebelah pagi, pengatin lelaki akan dimandikan dengan campuran air wangi.
Pengantin lelaki juga akan makan terlebih dahulu daripada semua orang dan selepas itu, baru dia dibawa untuk bertemu atau berjarah ataupun bersalaman dengan jemputan-jemputan lelaki untuk memberikan penghargaan di atas kehadiran mereka yang tidak seberapa.
Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan mengerjakan yang sama di khemah jemputan perempuan.
Menarikkan? :)

Apabila pengantin lelaki berada di rumah kediaman pengantin perrempuan, dia akan diiringi oleh beberapa pemuda. 
Ini boleh ditunjukkan pada gambar yang pertama dan juga yang kedua.
Haha, macam artis terkenal pulakkan? Maklumlah, ada penjaga. :D
Selepas itu, pengantin lelaki akan dipayungkan dan harus membuat tiga pusingan kecil yang dinamakan PUSINGAN NAGA.

Sebelum saya minta diri, ini adalah gambar  perkahwinan pusingan naga guru besar SM RIPAS. 
Slide ini dibuat oleh Cikgu Siti Asnah. :D


Baiklah, sampai di sini sahajalah untuk entri kedua saya.
Pada entri saya yang seterusnya, saya akan berkongsi pula tentang ADAT BASUH KAKI orang Tutong, Brunei. 
Nantikan ya.

Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum.
:D

11 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA.


Salam sejahtera semua!
Baru-baru ini saya menerima borang PERTANDINGAN BLOGGING 2010
Berita ini datangnya dari guru bahasa melayu saya, Cikgu Siti Asnah.

Ahh, itu dia Cikgu Siti. 
Cantikkan?
Hehehe, dia seorang yang lucu, cantik, comel, baik dan dia memang suka mengambil gambar.
Sayang dia. Hahahah. :D
Ia memang mengejutkan namun seperti teman-teman saya yang lain, kami berasa amat ghairah dan saya tak sabar untuk memulakannya. :)

Cikgu Siti juga mendorong kami dengan mengatakan bahawa pertandingan ini pernah dimenangi oleh bukan satu, bukan dua, tapi empat murid dari sekolah kami! Memang menakjubkan dan ini telah memberikan kami motivasi. :)

Bukan itu sahaja, selain daripada menimba kamahiran blogging, kami juga dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang budaya melayu. Maklumlah kami tinggal di Singapura dan di sini ada budaya cina, budaya india, budaya barat dan juga budaya melayu. Walaupun begitu, kita sebagai orang melayu sepatutnya menggunakan bahasa kita seberapa banyak kali yang boleh dan menggalakkan orang di sisi kita menggunakan bahasa melayu.

Bulan Jun yang lalu, saya dan teman-teman pergi ke negara yang kaya dengan minyak.
Cuba teka, negara apa yang kami kunjungi?
Jika anda jawab Brunei Darussalam, syabas, betul jawapan anda itu! Haha, saya bercanda sahaja.

Ini adalah gambar para guru-guru dan juga murid-murid yang pergi ke Brunei.
Di belakang kami adalah sebuah Masjid, cantikkan?

Anda boleh nampak saya tak?
Hehehe saya di sebelah kiri. Rambut saya melayang. Hehehe. Lucu-lucu.

Sambung balik dengan apa yang berlaku, kami diberikan tugasan dan saya harus mencari maklumat tentang adat perkahwinan orang Tutong, Brunei. Selama empat hari saya di sana, saya telah mengumpulkan informasi yang lebih daripada cukup.
Oleh kerana itu saya dapat meningkatkan pengetahuan saya tentang budaya adat perkahwinan orang melayu. Lagipun, semua orang akan mengalami ini di masa hadapan dan merupakan hari yang paling indah dan juga bahagia antara dua insan. :)

Baiklah, setakat ini sahaja pos saya. Saya akan berkongsi pengetahuan saya ini di pos yang kedua.
Juga, saya akan mencari maklumat yang lanjut dan gambar-gambar agar saya dapat memberikan informasi yang lengkap dan menarik perhatian anda semua. Mungkin juga saya akan wawancara saudara-mara saya agar ia lebih kelihatan profesional. Selamat tinggal dan nantikan pos saya yang akan datang tidak lama lagi! :)

Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!