Selamat sejahtera semua!
Seperti yang saya katakan di entri yang pertama saya, saya akan berkongsi pengetahuan saya tentang budaya adat perkahwinan orang Tutong, Brunei.
Sebelum saya bermula, saya ingin menunjukkan gambar perkahwinan di SM RIPAS atau lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Nikmatilah gambar-gambar ini semua! :D
Cantikkan gambar-gambar ini? Mestilah, sayakan yang petik. Haha, bergurau sahaja, sebenarnya yang petik gambar-gambar ini semua adalah guru-guru SM RIPAS.
Profesional betul kemahiran mereka mengambil gambar.
Profesional betul kemahiran mereka mengambil gambar.
Kalau anda ingin melihat gambar-gambar yang lain, sila pergi ke lelaman http://smripas.blogspot.com/.
Mari kita mulakan tentang adat perkahwinan ini.
Baiklah, di sebelah pagi, pengatin lelaki akan dimandikan dengan campuran air wangi.
Pengantin lelaki juga akan makan terlebih dahulu daripada semua orang dan selepas itu, baru dia dibawa untuk bertemu atau berjarah ataupun bersalaman dengan jemputan-jemputan lelaki untuk memberikan penghargaan di atas kehadiran mereka yang tidak seberapa.
Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan mengerjakan yang sama di khemah jemputan perempuan.
Menarikkan? :)
Apabila pengantin lelaki berada di rumah kediaman pengantin perrempuan, dia akan diiringi oleh beberapa pemuda.
Ini boleh ditunjukkan pada gambar yang pertama dan juga yang kedua.
Haha, macam artis terkenal pulakkan? Maklumlah, ada penjaga. :D
Selepas itu, pengantin lelaki akan dipayungkan dan harus membuat tiga pusingan kecil yang dinamakan PUSINGAN NAGA.
Sebelum saya minta diri, ini adalah gambar perkahwinan pusingan naga guru besar SM RIPAS.
Slide ini dibuat oleh Cikgu Siti Asnah. :D
Sebelum saya minta diri, ini adalah gambar perkahwinan pusingan naga guru besar SM RIPAS.
Slide ini dibuat oleh Cikgu Siti Asnah. :D
Baiklah, sampai di sini sahajalah untuk entri kedua saya.
Pada entri saya yang seterusnya, saya akan berkongsi pula tentang ADAT BASUH KAKI orang Tutong, Brunei.
Nantikan ya.
Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan