14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA.


Selamat sejahtera semua!

Sudah bersedia untuk mengetahui lebih tentang ADAT BASUH KAKI?
Saya memang sudah tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua.
Hehe, seperti biasa, saya akan menunjukkan gambar-gambarnya dahulu.

Hehe, tengoklah pengantin yang serasi tu.
Berseri-seri muka mereka berdua. Hahaha.

ADAT BASUH KAKI ataupun BURI PU'O(dalam bahasa Tutong) ini adalah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan dituangkan air.
Barang yang digunakan untuk acara ini ialah:
~ air parung
~ batu pengasah

Kedua-dua  pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing.
Ini akan dimulakan oleh pengantin perempuan dahulu dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki.
Pengantin lelaki akan meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.
Mungkin mereka ikut dengan ungkapan 'perempuan dahulu'. Romantis sungguhlah!
Selepas itu, keluarga pengantin lelaki akan menyiram air ke kaki pengantin dan setelah selesai, mereka harus menyerahkan duit atau perhiasan sebagai hadiah.
Ini semua dapat ditunjukkan pada gambar pertama hinggalah gambar yang terakhir.

Baiklah, sampai disini sahajalah untuk entri saya yang ketiga ini.
Untuk entri yang seterusnya, saya akan berkongsi pula tentang ADAT MAKAN BERSUAP.
Macam menarik ya?
Harap informasi yang saya berikan ini menarik perhatian anda semua.
Semoga anda berjaya dalam menimba pengetahuan tentang budaya.
Insya'Allah. 

Sebelum saya minta diri dahulu, saya akan berkongsi dengan anda gambar-gambar ADAT BERBASUH KAKI INI. Pasti anda semua akan suka. :D

Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!