11 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA.


Salam sejahtera semua!
Baru-baru ini saya menerima borang PERTANDINGAN BLOGGING 2010
Berita ini datangnya dari guru bahasa melayu saya, Cikgu Siti Asnah.

Ahh, itu dia Cikgu Siti. 
Cantikkan?
Hehehe, dia seorang yang lucu, cantik, comel, baik dan dia memang suka mengambil gambar.
Sayang dia. Hahahah. :D
Ia memang mengejutkan namun seperti teman-teman saya yang lain, kami berasa amat ghairah dan saya tak sabar untuk memulakannya. :)

Cikgu Siti juga mendorong kami dengan mengatakan bahawa pertandingan ini pernah dimenangi oleh bukan satu, bukan dua, tapi empat murid dari sekolah kami! Memang menakjubkan dan ini telah memberikan kami motivasi. :)

Bukan itu sahaja, selain daripada menimba kamahiran blogging, kami juga dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang budaya melayu. Maklumlah kami tinggal di Singapura dan di sini ada budaya cina, budaya india, budaya barat dan juga budaya melayu. Walaupun begitu, kita sebagai orang melayu sepatutnya menggunakan bahasa kita seberapa banyak kali yang boleh dan menggalakkan orang di sisi kita menggunakan bahasa melayu.

Bulan Jun yang lalu, saya dan teman-teman pergi ke negara yang kaya dengan minyak.
Cuba teka, negara apa yang kami kunjungi?
Jika anda jawab Brunei Darussalam, syabas, betul jawapan anda itu! Haha, saya bercanda sahaja.

Ini adalah gambar para guru-guru dan juga murid-murid yang pergi ke Brunei.
Di belakang kami adalah sebuah Masjid, cantikkan?

Anda boleh nampak saya tak?
Hehehe saya di sebelah kiri. Rambut saya melayang. Hehehe. Lucu-lucu.

Sambung balik dengan apa yang berlaku, kami diberikan tugasan dan saya harus mencari maklumat tentang adat perkahwinan orang Tutong, Brunei. Selama empat hari saya di sana, saya telah mengumpulkan informasi yang lebih daripada cukup.
Oleh kerana itu saya dapat meningkatkan pengetahuan saya tentang budaya adat perkahwinan orang melayu. Lagipun, semua orang akan mengalami ini di masa hadapan dan merupakan hari yang paling indah dan juga bahagia antara dua insan. :)

Baiklah, setakat ini sahaja pos saya. Saya akan berkongsi pengetahuan saya ini di pos yang kedua.
Juga, saya akan mencari maklumat yang lanjut dan gambar-gambar agar saya dapat memberikan informasi yang lengkap dan menarik perhatian anda semua. Mungkin juga saya akan wawancara saudara-mara saya agar ia lebih kelihatan profesional. Selamat tinggal dan nantikan pos saya yang akan datang tidak lama lagi! :)

Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!