23 Julai 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH
Selamat sejahtera semua!
Seperti yang saya janjikan kelmarin, hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang MERISIK.
Anda semua sudah tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang semua ini kan?
Baiklah, mari kita mulakan dengan peringkat yang pertama iaitu MERISIK.
Adat merisik ini boleh dikenali sebagai meninjau ataupun menengok.
Adat ini adalah untuk memastikan gadis yang dihajati itu masih belum ada yang punya.
Walaupun ia agak pelik, tetapi ia penting kerana sebagai Orang Muslim, kita dilarang meminang dengan orang yang berpunya.
Dosa besar tau.
Selain daripada itu, adat ini juga untuk menyelidik latar belakang si gadis yang akan ditunangkan.
Mereka akan menyelidik tentang:
~ pengetahuan agamanya
~ paras rupa
~ adap sopan
~ kemahiran rumahtangga
~ tingkah laku
Hmm, tegas betul ya?
Sebelum menerima lamaran pihak lelaki, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan.
Antaranya adalah pihak lelaki perlulah mempunyai latar belakangagama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Walau bagaimanapun, adat merisik ini jarang dilakukan lagi kerana pasangan selalunya telah berkenalan terlebih dahulu, oleh kerana itu mereka akan terus menjalankan adat meminang agar tidak membazirkan duit dan juga masa.
Baiklah setakat ini sahajalah untuk entri saya yang keenam ini.
Untuk entri yang berikut, saya pula akan berkongsi tentang peringkat yang kedua iaitu MEMINANG.
Hehehe, tak sabarlah saya. :)
Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan