Makanan-makanan yang disajikan berasal daripada Padang, Indonesia. Antara makanan-makanan yang disajikan, kami hanya dapat memberi kritis dan komen kami untuk 3 makanan sahaja.
Makanan-makanan tersebut adalah :
- Sotong Masak Hitam
- Ayam Belado Hijau
- Ikan Bakar Berempah
Sotong Masak Hitam
- Halia dikisar, garam, gula & perasa tambahan ( tidak begitu penting, ikut rasa cita anda )
- Perasa tambahan ( tidak begitu penting, ikut rasa cita anda )
- 1kg sotong disiang tanpa membuang cecair hitam
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- & 2 sudu lada kering yang telah dikisar
Kritis & Komen :
Makanan ini agak pedas namun ia memang sedap untuk dimakan dengan nasi putih. Kuahnya tidak begitu pekat dan sotongnya sungguh lembut, oleh kerana itu saya tidak perlu mengunyah beberapa kali sebelum menelan. Apabila sotongnya digigit, kuah dan rasa sotong dapat dirasakan serta-merta kerana jusnya melele keluar. Walaupun begitu, ia kurang baik untuk makan hidangan ini selalu kerana ia tidak berkhasiat. Selain daripada itu, rasanya memang sedap dan cara ia dihidang itu profesional.
Prestasi keluruhan : Sungguh Bagus.
Ayam Belado Hijau
Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan ini adahlah :
- 1 ekor ayam, 1 biji limau, 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 15 batang lada merah
- Halia sebesar ibu jari
- Sedikit kacang peas
- Sedikit bawang goreng
- Garam, gula & serbuk perasa
Kritis & Komen :
Berdasarkan bahan-bahan yang diperlukan di atas, 15 batang lada merah ini dapat menjelaskan kepedasan hidangan ini. Saya perlukan Ais Milo saya untuk meredakan rasa kepedasan lidah saya. Tetapi, ayamnya sungguh lazat. Tambah-tambah lagi kepedasannya melengkapkan hidangan ini. Namun, malangnya, makanan sepedas ini tidak bagus untuk kesihatan kita.
Prestasi Keseluruhan : Bagus.
Ikan Bakar Berempah
Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan ini adalah :
- 1 ekor ikan
- 1 sudu serbuk kari
- 1 sudu kicap
- Garam & gula
- 2 tangkai daun Thyme
- Sehiris lemon
Kritis & Komen :
Ini bukan kali pertama saya makan hidangan ini. Namun, oleh kerana cara yang dimasak itu berbeza, rasanya juga berbeza. Ia selalunya dibakar di atas arang dan apabila ia sudah agak masak dalam 40-50%, bahan-bahan lain akan ditambahkan. Ikan akan meresap bahan-bahan ini dan hasilnya, memang sedap! Selalunya ikan bakar akan dimakan bersama kicap manis. Oleh kerana itu, gabungan rasa kari, rasa manis dan rasa ikan bakarnya sekali memang sempurna! Tetapi sayang sekali, makanan ini juga tidak berkhasiat untuk dimakan setiap hari.
Prestasi Keseluruhan : Mantap.