29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEBELAS


Selamat sejahtera semua!
Ahh, hari ini saya akam berkongsi dengan anda semua tentang adat berendam dan berasah gigi. :D
Saya akan menjelaskam ini semua dalam bentuk catatan agar ia kelihatan kemas. Heheheh.


~ Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah.
~ Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat.


Ini merupakan antara keperluan untuk upacara Potong Andam


~ Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat.



Ahh, ini semua akan dilakukan oleh seorang mak andam.
Selepas itu, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau.


Ini dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan.
Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut.
 Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.
Baiklah setakat ini sahaja untuk entri saya hari ini.
Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!