29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA BELAS


Selamat sejahtera semua!

Tiba masanya untuk mengetahui tentang istiadat berinai namun saya tidak akan jelaskan ini semua dengan mendalam kerana saya telah membuatkan penyelidikan dan saya mendapat keputusan dengan ramai orang yang kenal dan mengetahui tentang istiadat ini. 
Hehehhe.

Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:
~Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi.
~Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi.~
~Berinai besar.


Upacara Berinai oleh Ibu Pengantin

Baiklah, sekarang saya akan berkongsi pula tentang..........................

 

Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama ke rumah mereka. Sampai sahaja di rumah suami, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi. Sebuah kenduri yang terdiri daripada beratus-ratus tetamu akan diadakan. 

Kekadangnya, hiburan sepanjang siang dan malam yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur isteri yang baru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripada kenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki.
Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi oleh suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan diadakan.
Inilah dia huraian secara ringkas tentang adat resam kahwin Melayu.

Host unlimited photos at slide.com for FREE! 

Host unlimited photos at slide.com for FREE!

Host unlimited photos at slide.com for FREE!
Akhirnya, sudah pun saya menjelaskan tentang adat perkawinan Orang Melayu dan Brunei.Saya harap informasi ini semua akan menolong anda jika anda mengahadapi masalah.
Hehehe, baiklah saya harus pergi sekarang.
Ada banyak lagi kerja rumah yang harus saya lakukan. :DSekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D
Sekian terima kasih. Assalam'mualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!