29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA BELAS


Selamat sejahtera semua.
:D Alhamdullilah.
Besok akan merupakan hari untuk mereka memeriksa blog-blog kami ini.
Semoga anda semua juga berjaya. Amin.
Namun, entri yang terakhir saya ini bukanlah untuk berdoa-doa.

Dengan benar dan tulus, saya ingin berterima kasih pada para guru-guru dan juga penganjur pertandingan ini dan sesiapalah yang terlibat dengan pertandingan ini.
Harap maaf jika terkasar atau tersilap cakap. Pertandingan ini memang dapat menolong kami sebagai Orang Melayu zaman sekarang untuk mengetahui lebih tentang budaya kami sendiri.
Ada yang di antara kita sudah dipengaruh oleh budaya-budaya lain terutama sekali budaya Orang Putih.
Namun begitu kita tidak seharusnya menyelapkan sahaja budaya kami.
Hahaha, saya yakin ramai yang tidak tahu tentang adat-adat dan budaya ini semua.
Saya sendiri tertarik dengan apa yang saya pelajari daripada pertandingan ini.
Memang kita panik jika tidak mengetahui perkataan-perkataan untuk diterjemahkan.

Saya harap pertandingan sebegini akan diulangi lagi pada masa hadapan. 
Bukan untuk memenangi hadiah, tak baik jika kita berfikir begitu, tetapi untuk menambah ilmu kita ini yang tidak seberapa.
Semoga informasi yang saya berikan juga dapat membantu anda dan juga saya.
Daripada pertandingan ini, saya pelajari banyak tentang adat perkahwinan.
Saya harap saya dan teman-teman dapat berkongsi suka dan duka daripada pertandingan ini.
Saya juga harap agar kita dapat berkongsi informasi-informasi yang kita dapat bersama agar pengetahuan kita dapat ditambah.
Amin.

Sampai di sini sahaja. Saya pun sudah berasa amat gembira dapat ikut sekali dalam pertandingan ini.
Sekian terima kasih. Assalam'mualaikum. :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!