06 Julai 2009

Pengalaman Membuat Projek Bahasa Melayu .

Hhmm, pengalaman saya membuat projek bahasa melayu dengan teman baru saya amat menyeronokkan .
Sebenarnya saya tidak suka membuat projek kerana saya yakin bahawa pasti ada seseorang yang terlalu malas untuk membuat kerja mereka . :(
Saya pun tidak rasa selesa apabila Cikgu Siti , guru melayu saya yang baru, memberitahu kami bahawa kami akan membuat projek .

Saya menghelah dengan panjang .
Tetapi hati saya berasa tenang sedikit apabila Cikgu Siti berkata bahawa ini lah satu-satunya projek yang kami harus lakukan untuk tahun ini .
Ahli kumpulan saya ialah Irza , Malvin & Nurul .
Saya diberi tugas untuk membuat dialog manakala Nurul membuat rencana , Irza membuat risalah dan Malvin pula membuat powerpoint .
Saya sangka bahawa ahli kumpulan saya tidak bertanggungjawab atas kerja yang diberikan untuk mereka , tetapi jankaan saya salah .
Mereka tidak seburuk apa yang saya sangkakan .
Mereka tidak mengadu , apabila diberikan tugas dan mereka membuat tugas itu dengan bersungguh-sungguh .
Saya yakin dengan perangai yang bertanggungjawab ini , kami dapat menyelesaikan projek ini dengan cepat . :)

1 ulasan:

  1. syabas atas proses kerjasama yang erni dan rakan2 tunjukkan...

    BalasPadam

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!