Hhmm .
Perasaan dan dan pengalaman saya membuat blog ?
Saya berasa amat ghairah untuk membuat blog .
Ramai teman-teman saya berkata bahawa membuat blog amat menyeronokkan .
Guru bahasa melayu saya iaitu "cikgu Siti Asnah" yang lebih dikenali sebagai "cikgu Siti" memberitahu kami bahawa kelas melayunya ada blog khas untuk pelajar-pelajar yang mengambil bahasa melayu .
Oleh itu kami disuruh untuk membuat blog juga .
Cikgu Siti berkata bahawa kami harus mempunyai gmail akaun untuk membuat blog .
Kerana saya sudah ada gmail akaun , senanglah untuk saya membuat blog .
Pada hari Khamis 12 , march 2009, Cikgu Siti membawa kami ke makmal komputer supaya kami dapat membuat blog .
Kami diberikan kertas berwarna biru berbentuk segi empat selepas mencari tempat duduk .
Cikgu Siti memberitahu kami bahawa jika kami menghadapi masalah , lekatkan kertas biru itu di komputer dan dia akan segera menolong .
Cikgu Siti juga menyuruh kami menulis nama gmail akaun dan kata kekunci kami di kertas biru itu .
Kerana saya murid yang baik , saya pun mengikut arahannya .
Selepas kami semua sudah membuat blog , kami diberi tugasan iaitu apa yang saya sedang lakukan .
Jadi inilah PENGALAMAN DAN PERASAAN SAYA MEMBUAT BLOG ! YEY ! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan