Pada pandangan saya , tidak semua para pelajar yang sengaja datang lewat untuk ke sekolah . Ramai murid-murid sekolah menengah tidak mengalami masalah datang lewat untuk ke sekolah . Namun ada segelincir antara mereka yang kerap datang lewat ke sekolah .
Masalah ini mungkin kelihatan kecil tetapi ia susah diatasi .
Ada di antara mereka tidak ingin datang lambat tetapi kerana masalah tertentu yang membuat mereka datang lambat .
Faktor-faktor yang membuat mereka datang lambat ialah seperti , harus menghantar adik mereka ke sekolah [masalah keluarga] , atau mungkin kerana kenderaan yang mereka menaiki untuk ke sekolah menghadapi masalah , atau kerana mereka ada penyakit yang menyebabkan mereka untuk susah bangun dari tidur .
Misalnya, mereka harus memakan obat setiap malam .
Jika mereka mengambil obat itu pada awal pagi, mereka tidak dapat fokus kepada pelajaran dan akan tidur pada masa sekolah .
Faktor-faktor ini bukan kerana mereka sengaja datang lambat malah sebaliknya .
Apa pulak yang mendorong murid-murid untuk sering datang lewat ke sekolah ?
Faktor yang pertama ialah sikap mereka yang kurang bertanggungjawab .
Oleh kerana sikap mereka yang kurang bertanggungjawab , mereka akan berasa malas untuk bangun awal disebabkan tabiat mereka yang gemar tidur lewat hingga larut malam .
Mereka akan bersembang di ruang sembang "MSN" dengan teman-teman mereka .
Ada di kalangan murid yang cuba untuk lari dari tugasan yang mereka tidak selesai .
Faktor yang kedua ialah kerana sikap mereka yang kurang daya tahan .
Misalnya , mereka putus asa dengan cepat kerana tidak belajar untuk ujian yang mereka akan hadapi .
Tidak secara langsung , mereka rugi besar kerana mereka ketinggalan sesuatu mata pelajaran . Mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan ditanya oleh guru-guru . Dan akhirnya apabila peperiksaan tiba , mereka akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan-soalannya.
Faktor yang ketiga pula ialah kerana kurangnya sikap ketulusan .
Mereka akan membuat cerita yang palsu dan membuat alasan yang tidak munasabar .
Tanpa disedari , mereka membohongi diri sendiri .
Dan jika mereka terus berbohong , kebenaran akan diketahui oleh para guru-guru dengan secara kebetulan .
Dan faktor yang terakhir ialah kerana sikap para pelajar yang tidak hormat pada guru-guru , undang-undang dan diri mereka sendiri .
Mereka terlalu degil untuk mengikut undang-undang sekolah .
Nasihat yang saya ingin memberikan kepada para pelajar yang kerap datang lewat ke sekolah ialah , " ilmu itu bagaikan mutiara, jadi sentiasa berusaha untuk mendapatkannya dan JANGAN DATANG LEWAT . "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan