18 Januari 2010

Karangan Naratif

Kehidupanku dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan ku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu. Selama ini tidak pernah sekali aku menghormatinya. Aku melihat gambar Almarhumah ibu yang kini sedang berehat dengan tenang. Air mataku terjatuh dari kelopak mataku.

Ini membawa ku ke zaman mudaku. Ibu kahwin muda dengan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab iaitu ayah kandungku sendiri. Ayah seorang kaki judi dan masih lagi ingin berfoya-foya lalu meninggalkan ibu keseorangan. Pada masa itu aku masih di dalam kandungan ibu. Ibu yang sebatang-karang tanpa adik-beradik akhirnya meminta tolong daripada datuk dan nenekku yang tidak sudi untuk menolong. Selama 19 tahun aku dijaga oleh ibu tanpa kasih sayang yang penuh. Oleh kerana itu, aku bergaul dengan kawan-kawan yang tidak senonoh. Pada mulanya aku berasa malu dan takut tetapi sekarang aku sudah berubah. Dan tanpa ku sedari, aku mengikut jejak langkah ayahku. Teman-temanku selalu memberikan perhatian untukku. Tidak seperti ibu yang selalu bekerja dan yang selalu memarahiku kerana perkara kecil . Pernah sekali aku ditahan oleh polis apabila didapati mencuri sebatang rokok dan ibu dipanggil jika ingin membebaskanku, namun ibu tidak datang dan sejak hari itu aku mula membencinya. Aku tidak pulang ke rumah untuk beberapa minggu dan tiba sahaja aku pulang, ibu tidak tanya ke manaku pergi dan sebagainya selain daripada memarahiku. Aku endahnya lalu masuk ke bilik kamarku, mengunci pintu lalu tidur. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Aku menjawab panggilan itu, suara itu seperti seorang lelaki. Dia berkata bahawa dia ingin berjumpa denganku. Aku mula berasa marah lalu menengking. Lelaki itu lalu mengaku bahawa dia ayah kandungku. Hatiku hampir-hampir tidak berdentum seketika. Sebuah senyuman terukir di bibirku. Dengan segera aku memberitahu ibu. Ibu tidak begitu gembira namun kerana rindunya terhadap ayah, ibu bersetuju lalu mengangkat kaki. Kami tunggu di luar mrt ang mo kio. Beberapa minit kemudian, muncul jejaka yang tinggi dan berkulit hitam yang jalan menuju kami. "Ayah ?" aku bertanya sambil melihat muka lelaki itu. "Rina ! Ini ayah." lelaki itu mangaku dan sebutir air jernih terjatuh. Ibu memeluk ayah dengan erat dan selepas itu, kami menaiki kereta ayah untuk pergi membeli-belah. Aku duduk di belakang manakala ayah dan ibu duduk di depan kereta. Aku berasa amat gembira kerana ayah akhirnya pulang. Aku mula bermanja-manja dengan ayah lalu tanpa berfikir, aku menyelubung mata ayah dan ayah mula panik kerana tidak dapat melihat jalan lalu ayah pusing ke kanan. Aku melihat sebatang pokok besar di hadapan kami. Mataku terbeliak, hatiku mula berdentum-dentum dengan pantas. Dan akhirnya aku pitam dan kakiku berasa amat perit. Aku boleh rasa katilku sungguh lembut dan tiba-tiba aku terbangun. Mukaku mengumpul peluh walaupun tersedia penyaman udara.

Seorang wanita yang berbaju putih menghampiriku. Aku cuba untuk duduk. Wanita itu memberitahuku berita buruk. Dia berkata bahawa ayah dan ibu sudah tiada. Aku mula menangis tanpa henti. Lalu wanita itu memberikanku cermin lalu pergi meninggalkanku. Aku mengambil cermin itu lalu melihat wajahku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wajahku yang hodoh dan cacat. Aku cuba untuk melarikan diri tapi aku sedari bahawa kaki kiriku sudah tiada. Aku menangis tanpa henti namun akan ku teruskan hidupku ini walaupun tiada yang sudi untuk menjadi temanku. Aku kini menyesal kerana berdosa dengan ibu-bapaku dan aku menyesal untuk menyelubungi mata ayah ketika memandu. Sejak hari itu , aku tinggal bersama datuk dan nenekku . Mereka menjagaku dengan penuh kasih sayang namun tidak pernah dapat ku lupakan ayah dan ibu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!