24 Disember 2009

Tembok Besar China



Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM . Tembok Besar China ini berpanjangan kira-kira 6,200 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah Timur yang terletak berhampiran dengan Sempadan China dan Manchuria , sehingga Lop Nur di sebelah Tenggara wilayah Xinjiang .

Ia diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17 . Ia dibina untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik . Ia didahului oleh beberapa Tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak Nomad yang datang dari kawasan yang sekarang dikenali sebagai Mongolia dan Manchuria .

Pada 2009 , satu tinjauan arkaelogi baru menggunakan teknologi yang maju melaporkan yang kepanjangan seluruh tembok termasuk sekali dengan cabangnya menjangkau 8,851.8 km .

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah daripada kerja keras orang orang pembangunan Dinasti Ming . Bahagian yang ada di dalam tembok diisi dengan tanah yang telah dicampur dengan batu-batan . Bahagian atasnya pula dibuat sebagai jalan utama untuk pasukan Negeri China yang berkuda . Ia lebih kukuh dan dapat tahan lebih lama .

Sebahagian daripada Tembok Besar China yang pertama dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin . Ia telah dibina denggan menggabungkan beberapa tembok yang ada tersedia yang telah dibina pada Zaman negara-negara Perang . Tembok Besar China ini terletak dari utara sehingga hujung timurnya . Sedihnya , sebahagian Tembok Besar ini sudah binasa .

Oleh itu , kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini , namun ramai yang mati ketika membinanya . Oleh itu , ia juga digelar "kubur terpanjang di bumi" .

Tembok Besar Dinasti Ming di timur dari kubur shanhai yang rapat dengan Qinhuangdao di Wilayah Hebei . Ia melalui 9 Wilayah , 100 daerah dan bahagian 500km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya .

Kerana kerja keras orang-orang China yang kebanyakkannya sudah mati , menarik perhatian pelancong yang datang ke China untuk bercuti .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengapa Remaja Keluar Dari Rumah?

a comic strip!