Selamat sejahtera semua!
Ahh, anda tahu tak apa yang akan dilakukan selepas bertunang?
Haha, jikalau anda menjawab "Akad Nikah", tahniah kerana anda mendapat jawapan yang betul! :D
Hehee, akad nikah ini merupakan satu acara yang paling penting sekali dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukanlah sesuatu adat tapi lebih kepada ajaran agama Islam.
Ia juga merupakan kemuncak kesahihan perkahwinan. Upacara ini akan dijalankan selepas sagala perjanjian yang dikenakan telah dilaksanakan.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah penganting perempuan.
Ia akan dijalanjan oleh Tok Kadi ataupun imam. Di dalam upacara ini, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya.
Walaupun begitu, dia juga boleh mewakili Tok Kadi ataupun imam.
Wow, bapa pengantin perempuan hebatlah!
Selalunya majlis ini akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan.
Pada hari yang tidak dapat dinanti-nantikan, pengantin lelaki akan memakai baju melayu berwarna cerah.
Majlis yang diadakan adalah sebagai majlis pertunangan. Lazimnya, sementara menantikan kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji ataupun pukulan kompang diadakan.
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan hantarang lain akan diperiksa oleh Tuan Kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.
Seterusnya, pengantin lelaki akan duduk bersila di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis.
Tok imam atau Tok kadi akan menemui penganting perempuan di dalam bilik untuk menanyakan samada dia setuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum tentang tanggungjawab si suami isteri dan lain-lain. Selepas itu, tok kadi ataupun imam akan memebacakan lafaz nikah sambil menggoncangkan tangannya.
Lafaz nikahnya adalah:
"Aku nikahkan dikau {nama pengantin perempuan} dengan mas kahwin sebanyak {mengikut negeri} tunai"
Pengantin lelaki akan membalas "Aku terima nikahnya {sama seperti apa yang dilafazkan oleh tok kadi} "
Ahh, saksi-saksi akan sahkan samada lafaz tersebut jelas didengar ataupun tidak.
Jika tidak, pengantin lelaki harus mengulangi lafaz tersebut sehinggalah saksi-saksi dapat mendengar dengan jelas dan berpuas hati.
Doa selamat akan dibacakan selepas itu sebagai tanda kesyukuran.
Selepas itu, pengantin lelaki akan membatalkan air sembahyang.
Anda tahu kenapa?
Ahh, kerana si suami akan menyarungkan cincin ataupun memakaikan rantai ke leher isterinya yang sedang menunggu di dalam bilik.
Adat ini dilakukan sebagai simbol bahawa pasangan itu sah diijabkabulkan.
Ahh, adat berinai akan dijalankan selepas itu.
Peralatan yang diperlukan untuk upacara berinai ini adalah:
~ semangkuk air tapung tawar.
~ semangkuk bertih
~ semangkuk bera kunyit, sepiring inai
~ beberapa tangkai daun seribu yang telah diikatkan
Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat ini dengan mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin.
Beras kunyit dan bertih akan ditabukan ke hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telurakan diberikan kepada mereka yang menepung tawar.
Menarik ya?
Hehehe, tak lama lagi saya akan mengahadapi ini semua.
Hmm mungkin lagi 8-10 tahun ya. Hehhe, gatal! Baiklah, setakat ini sahaja ya. Penat tau tangan dan jejari saya. Dari tadi menaip sahaja.
Hahahah, baiklah selamat tinggal!
Sekian terima kasih. Assalammu'alaikum. :D